VIDEO: Reaksi Lelaki Apabila Gadis ‘Hot’ Menjadi Gemuk

KEPADA para gadis di luar sana, kami nasihatkan agar anda tidak terlalu mudah cair dengan ayat ‘rupa paras tak penting’ yang sering diucapkan oleh lelaki setiap kali mahu berkenalan dengan anda.

Tak percaya? Video yang kami kongsikan ini akan menjawab soalan anda.
Ia merupakan rakaman eksperimen sosial yang dilakukan oleh saluran Simple Pickup di YouTube dengan bantuan seorang gadis bernama Sara, 24.


Gadis itu telah dipakaikan dengan sut khas yang menjadikan dia kelihatan gemuk, sekaligus berbeza dengan penampilan sebenarnya di laman Media social.

Daripada lima lelaki yang menemuinya buat kali pertama untuk berkenalan, empat daripada mereka meninggalkannya kerana tidak dapat menerima keadaan fizikalnya.
Lebih melucukan, ada memberi alasan sudah berkahwin dan ada yang menyatakan mahu ke tandas, sebaliknya langsung tidak muncul selepas itu.
Apapun, jom saksikan video dari Youtube yang sudah ditonton lebih lima juta kali dalam masa tiga hari ini.


Sumber mynewshub.cc

0 Response to "VIDEO: Reaksi Lelaki Apabila Gadis ‘Hot’ Menjadi Gemuk"

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.