Siapakah Selebriti Lelaki Sentap Tidak Jadi Pengacara Bersama AF

Menerusi blog sensasi www.ohbulan.com Selebriti Lelaki Popular Sentap Tak Dapat Jadi Pengacara Bersama AF 2014

Nak cerita sikit mengenai desas-desus yang kami dengar. Katanya, ada pengacara popular sentap sebab tak dapat jadi pengacara bersama AF 2014.


Mesti ramai yang tertanya-tanya siapakah individu yang dimaksudkan oleh kami, kan? Ala.. kalau sebut je nama dia mesti orang ramai kenallah. So, kita bagi hint sikit-sikit je.

Macam ni ceritanya, sumber-sumber terdekat memberitahu pengacara lelaki ni terasa habis bila tak dipilih menjadi pengacara AF 2014.


Zizan dan FBI berganding bahu mengacarakan AF 2014

Menurut sumber-sumber tersebut lagi, pengacara ni dikatakan pernah menawarkan diri untuk mengisi kekosongan di rancangan realiti itu dan dia confident akan dilantik memandangkan selebriti ini boleh dikira ‘wajah’ stesen TV swasta berkenaan.

Tapi, sayangnya harapan hanya tinggal harapan sebab seperti yang diketahui umum, Faizal Ismail yang sebelum ini amat sinonim dengan stesen TV lain pula yang dipilih untuk mengelolakan rancangan berkenaan.

Malah, mereka juga memberitahu bahawa pengacara popular itu ada memuat naik status ala-ala kecewa di laman Instagramnya mengenai perkara ini.

Hurm..takpelah. Rezeki tu kan sudah dijanjikan oleh Allah SWT. Mungkin akan ada tawaran yang lebih baik pula akan datang bergolek lepas ni? So, chill lah okay?

Sumber www.ohbulan.com

0 Response to "Siapakah Selebriti Lelaki Sentap Tidak Jadi Pengacara Bersama AF"

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.