Kami Tidak Boleh Pandai-Pandai Bawa Media - Warner Music

SEMALAM, kami siarkan artikel mengenai kontroversi yang melanda Shila Amzah apabila dia bertindak me’repost’ kenyataan oleh admin shilaamzah_photography di akaun Instagramnya.
Kenyataan tersebut dilihat menyindir media tempatan berbahasa Melayu yang dikatakan tidak membuat liputan mengenai ‘Konsert Shila Amzah Love Live In Malaysia’ berbanding media berbahasa Cina dan China.

Justeru, ramai wartawan yang meluahkan rasa tidak puas kerana tidak menerima jemputan daripada pihak Shila Amzah termasuklah pengurusannya ke konsert itu.
Bagi mengelakkan salah faham, syarikat rakaman Warner Music Malaysia menjelaskan yang mereka tidak terlibat dalam perihal jemputan untuk media untuk ke acara berkenaan, memetik Murai.com.
Pengurus Pemasaran Domestik Warner Music Malaysia, Anne Andry berkata, segalanya telah diuruskan sendiri oleh pihak penganjur dan mereka tidak boleh memandai-mandai membawa media datang ke konsert itu.
Ujarnya lagi, tempat duduk untuk media sememangnya agak terhad.
“Itu pun mereka (pihak penganjur) cuba mintak tolong daripada kami untuk mengundang beberapa media elektronik pada saat-saat yang terakhir.
“Jadi, kalau ada pihak media cetak yang datang pada malam itu, ia memang bukan daripada kami. Sebaliknya daripada pihak penganjur sendiri.
“Saya harap kenyataan daripada pihak kami akan menjelaskan segala kekeliruan dan tidak menyalahkan pihak Warner dalam kemelut ini,” jelasnya.
Jika benar tiada jemputan, rasanya tak perlulah dipersoalkan mengapa tiada liputan mengenai konsert tersebut.
Bayangkanlah jika anda di tempat wartawan. Sudahlah perlu memerah otak untuk menulis artikel mengenai acara itu, tiket pula kena beli sendiri…sedih!

Sumber mynewshub.cc

0 Response to "Kami Tidak Boleh Pandai-Pandai Bawa Media - Warner Music "

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.