Komen Sharifah Sakinah Sangat Biadab & Kasar Tapi Mungkin Berguna

Menerusi Portal www.ohbulan.com terbaca salah satu komen Sharifah Sakinah kepada follower..
Realitinya memang susah nak puaskan hati semua orang. Mungkin dek kerana kenyataan tersebut, pelakon yang sering mencetuskan kontroversi ini dilihat tidak mahu ambil pusing kata-kata sinis hatersnya.

Ramai yang menilai peribadi Sharifah Sakinah menerusi foto-foto agak seksi yang dimuat naik di laman sosialnya. Namun, dia pernah berkata bahawa foto-foto tersebut sebenarnya mahu dijadikan sebagai pembakar semangat kepada fansnya yang ingin tampak fit.

Namun, semalam komen yang melampau daripada salah seorang hatersnya dilihat telah membuatkan Sakinah berang lantas membalas komen tersebut dengan kata-kata yang agak kasar.




Kami pun agak terkesima bila membaca komen daripada Sakinah yang kami perolehi daripada emel ini. Mungkin dia dah lama memendam rasa dengan komen-komen tak masuk akal sedemikian, lama-lama meletuplah jadinya.

Erm.. rasanya memang tak wajar individu itu membuat dakwaan yang biadab macam tu kan? Mungkin individu terbabit hanya berniat mahu bergurau, tetapi gurauan itu agak melampaui batas.





Setahu kami, orang ramai beratur di luar kedai jenama pakaian sukan terkemuka itu disebabkan Sakinah berada di event syarikat terbabit. Bukanlah sebab Sakinah beb0gel ya!

Bagaimanapun, peminat-peminat Sakinah nampaknya tidak berdiam diri. Mereka juga turut menyelar individividu terbabit dan menyokong tindakan yang dilakukan oleh Sakinah.




Apapun, kami berharap agar Sakinah bersabar dengan dugaan yang diterimanya. Mungkin semua ini ada hikmahnya kan? 

Sumber www.ohbulan.com

0 Response to "Komen Sharifah Sakinah Sangat Biadab & Kasar Tapi Mungkin Berguna"

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.