Video Terkini Real Puting Beliung Di PANDAMARAN

PELABUHAN KLANG: Kira-kira 30 rumah di Pandamaran, di sini, dilapor mengalami kerosakan selepas dilanda ribut dan angin kencang, petang tadi.

Kejadian kira-kira jam 2 petang itu membabitkan dua blok pangsapuri Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) di Pandamaran Jaya.

Ahli Majlis Perbandaran Klang (MPK) Lee Fu Hae, berkata dalam tempoh hanya 30 minit beberapa kawasan terutama di Jalan Banting dan Jalan Besar Pandamaran mengalami kerosakan teruk akibat ribut berkenaan, termasuk pokok tumbang dan rumah rosak.

Katanya, ribut berkenaan kelihatan seperti puting beliung kecil sehingga kekuatannya menerbangkan atap rumah di bangunan tinggi

Terkini, sebuah video yang menunjukkan puting beliung melanda kawasan Pandamaran tersebar meluas di aplikasi pesanan ringkas WhatsApp.

Dalam Video tersebut seorang lelaki Memuji kebesaran ALLAH berkali-kali

Hujan setiap petang hingga November - Jabatan Meteorologi

17 Oktober yang lalu, Jabatan Meteorologi telah mengeluarkan kenyataan rasmi agar orang ramai dinasihati tidak berada di kawasan lapang ketika musim hujan sekarang yang berlaku disebabkan peralihan monsun.

Hujan lebat berserta ribut petir dan angin kencang akan sering berlaku semasa tempoh berkenaan selain boleh menyebabkan berlakunya puting beliung.

Walaupun tempoh hujan dan ribut petir berlaku antara setengah jam hingga tiga jam namun sebarang aktiviti luar adalah merbahaya. 

Video 








Sumber Berita Harian

0 Response to "Video Terkini Real Puting Beliung Di PANDAMARAN"

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.