Emma Maembong Memakai Purdah?

Alahai manis sungguh melihat gambar yang dimuat naik selebriti ini di laman sosial, Intagram ketika memakai purdah.

Siapa lagi kalau bukan Emma Maembong yang juga merupakan kekasih hati kepada pelawak terkenal Malaysia, Zizan Razak.
Mesti anda tertanya-tanya adakah Emma sudah berubah penampilan atau sebenarnya ingin lari daripada peminatnya?

Menurut Emma Maembong dia mengenakan berpurdah pada masa-masa tertentu kerana ingin mencuba dan bukanlah mahu mengelak daripada diserbu peminat-peminatnya.

Memetik petikan mStar Online,“Saya tahu ada yang kata saya berpurdah kerana mahu elak daripada dikenali peminat. Taklah, mana ada. Memandangkan saya baru sahaja bertudung, jadi saya seronok mencuba pelbagai fesyen tudung untuk melihat kesesuaian”.

Emma berkata demikian bagi mengulas yang dia kerap kelihatan berpurdah di tempat awam baru-baru ini.
Namun Emma turut mengaku, walaupun dia berpurdah, ada juga beberapa peminat masih mengenalinya dan ingin bergambar bersama.


Tambah Emma lagi, “Selama ini saya fikir, jika bertudung, rezeki lakonan mungkin akan terbatas, tetapi Alhamdullilah, saya masih lagi mendapat pelbagai tawaran lakonan. Semoga rezeki lakonan ini berkekalan ,InsyaAllah ” .
Makin ramai artis-artis wanita yang berhijrah memakai tudung. Alhamdulilah!

Sumber mynewshub.cc

0 Response to "Emma Maembong Memakai Purdah?"

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.