Kisah cinta songsang pengacara tersebar

Post ini bakal membuatkan anda tertanya-tanya, siapakah pengacara yang dimaksudkan? Gambar yang diperolehi dari laman Twitter ini mula viral di Facebook. Teruskan membaca kisah cinta songsang si pengacara di bawah:

Mengucap panjang apabila mendengar kisah yang disampaikan seorang rakan. Katanya, dia mempunyai kawan yang menjalin hubungan ongsang dengan seorang pengacara terkenal. 

Mula-mula Aida tidak percaya. Namun bila ditunjukkan beberapa bukti termasuk sejarah perbualan di WhatApps mahu tidak mahu memang agak percaya dengan apa yang diberitahu.

Katanya, memandangkan si pengacara itu tinggal sendirian di bandar besar ini, jadi dia menawarkan rumahnya sebagai tempat persinggahan jika rakannya itu ke Kuala Lumpur.

Memandangkan si pengacara ini sudah berkahwin, modus operandinya sangat teliti. Dia akan pastikan isterinya tiada di rumah sebelum menjemput kekasih gelapnya datang beras-mara.

Selalunya ketika isteri pengacara itu pulang ke kampung adalah waktu sesuai untuk mereka bertemu.

Pada mulanya rakan Aida tidak mengesyaki apa-apa tentang rakan sekampungnya itu. Namun bila sudah kerap diminta hantar ke sebuah lokasi untuk diambil pengacara terbabit ke destinasi seterusnya, dia mula sangsi. 

Bila diminta bercakap benar, baru dia tahu apa yang berlaku. Memang dia terkejut memandangkan rakannya itu bukan tinggal berdekatan jadi dia pelik bagaimana mereka berkenalan.

Rupa-rupanya si pengacara terbabit mendekatinya melalui laman sosial sebelum menjalinkan hubungan songsang itu selama setahun. 

Kata rakan Aida itu, dia sebenarnya agak terkilan dengan pengacara yang cukup terkenal dengan kata-kata pujangga itu.

Depan orang bukan main kata-katanya dijaga tertib. Bab agama juga dia ahli. Namun kalau lihat perbualan cinta tidak masuk akalnya pasti ada yang mahu muntah. Keji!

Lebih sakit hati apabila melihat cara pengacara itu di televisyen yang cukup berbeza dengan dirinya sebenar. Apabila Aida dengar kisah-kisah macam ini memang kecut perut. Di luar nampak normal. Tetapi rupanya ada personaliti yang berbeza.

Sumber mymediahubonline.blogspot.com

3 Responses to "Kisah cinta songsang pengacara tersebar"

  1. KUALA TERENGGANU - Seorang remaja perempuan hidup dalam ketakutan selepas tindakannya menghantar gambar bogel kepada teman lelaki baru dikenali mengundang padah apabila dirinya diaibkan susulan penyebaran gambar tersebut.
    Berita penuh-->www.sinarharian.com.my/bimbang-gambar-bogel-tersebar

    ReplyDelete
  2. Program perniagaan online 100% komisyen yg direka khas bagi yang ingin menambahkan pendapatan sampingan. Terbuka kepada pelajar IPT, siswazah, suri rumah, kakitangan kerajaan & swasta..berminat sila ikut link ni.. http://www.rm20segera.com/?r=zie753 — with Julia Isa.

    ReplyDelete
  3. Assallamualaikum,Saya membawa pasangan untuk berkahwin secara sah di pejabat Majlis Agama Islam Narathiwat Thailand. Pernikahan ini adalah sah mengikut hukum syarak dan diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia. Insya-Allah urusan boleh dijalankan dalam 1 hari sahaja & dokumen lengkap dapat diterima pada hari tersebut.
    Sekiranya berminat JANGAN MALU dan JANGAN SEGAN hubungi atau sila GOOGLE ke LINK ini :-
    kahwindithailandnarathiwat.blogspot.com ATAU 010-797 3044

    ReplyDelete

Note: only a member of this blog may post a comment.