VIDEO: Pengebumian Abu Turab, Mujahidin Malaysia Di Syria

Semalam, kami telah siarkan berita tentang seorang mujahidin Malaysia di Syria dikenali sebagai Mat Soh atau Abu Turab telah gugur terkena peluru kereta kebal ketika mempertahankan sebuah perkampungan di sana.

Abu Turab yang juga digelar Pak Long meninggal dunia Selasa lalu (19 Ogos) selepas bertempur dengan tentera Iraq selama satu jam.

Hari ini, kami siarkan pula rakaman video saat-saat akhir Abu Turab dibawa ke tanah perkuburan lalu dikebumikan.

Menurut rakyat Malaysia yang mengiringi jenazah Abu Turab dalam video pertama, allahyarham mengalami kecederaan di tangan dan tengkuk akibat terkena peluru kereta kebal manakala dadanya tembus ditembak senapang penembak tepat.


Kredit video dari Azhari Matyee

Semoga roh Abu Turab ditempatkan bersama golongan syuhada yang berjuang penuh ikhlas demi mempertahankan bumi Syria dari kekejaman Bashar Assad.

Sumber mynewshub.my

2 Responses to "VIDEO: Pengebumian Abu Turab, Mujahidin Malaysia Di Syria"

Note: only a member of this blog may post a comment.