Lawak..Topi Dayang Besar Sangat, Ganggu Pandangan Ratu Elizabeth

Satu insiden yang agak pelik tapi kelakar berlaku ketika Ratu Elizabeth hadir menyaksikan Sukan Komanwel di Glasgow, Scotland kelmarin.

Meskipun kedudukan tinggi dimiliki Ratu Elizabeth sering membuat baginda diberikan tempat duduk khas dan istimewa, ia tidak berlaku ketika baginda hadir menyaksikan acara renang.

Ratu Elizabeth bukan sahaja terpaksa duduk di kerusi plastik untuk penonton biasa malah tempat duduknya terletak agak belakang hingga baginda terpaksa menjengah beberapa kali untuk mendapatkan pandangan lebih jelas.

Pandangan baginda dihalang oleh topi hijau yang dipakai oleh dayangnya sendiri, Annabel Whitehead yang turut hadir menemani baginda ke acara tersebut.



Dalam beberapa gambar, dapat dilihat Ratu Elizabeth terganggu dengan perkara ini hingga mempengaruhi mood namun baginda tetap bersopan dengan tidak mengarahkan supaya dayangnya menukar tempat duduk.



Pada masa sama dayangnya yang mungkin tidak menyedari keadaan ini kelihatan begitu selesa menyaksikan acara renang tanpa mengetahui dia sudah ‘mencaras’ Ratu Elizabeth.

Sumber mynewshub.my

0 Response to "Lawak..Topi Dayang Besar Sangat, Ganggu Pandangan Ratu Elizabeth"

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.