VIDEO: Sedih Pemandu ‘BLM Kemalangan Maut Meraung Telefon Bapa

Kemalangan yang berlaku di Kilometer 256, Lebuhraya Utara-Selatan arah utara, selepas Terowong Menora sekitar jam 12.05 tengah hari semalam mengorbankan Norhayati Wook, 50, dan Siti Yuslianis Roslan, 20, yang mengalami kecederaan parah di kepala.

Selain Yusriman dan Yusriana, penumpang hadapan Muhammad Yusrizal, 25, mengalami kecederaan ringan.
Lima sekeluarga ini dalam perjalanan dari Bukit Sentosa, Rawang ke Lenggong yang merupakan kampung halaman Norhayati dan suaminya, Roslan Ismail yang tidak turut serta ketika kejadian untuk menyambut Hari Raya Aidiladha.
Sama-samalah kita sedekahkan Al-fatihah. Semoga keluarga mangsa sabar menghadapi dugaan hebat ini.

Dalam rakaman ini dapat dilihat Muhammad Yusriman, 23, yang memandu Proton Saga BLM untuk keluarganya ketika nahas berlaku menelefon bapanya memaklumkan tentang kemalangan tersebut sambil meraung dan meminta supaya datang segera.
Turut dirakam usaha menyelamatkan Siti Yusliana, 12, yang tersepit di tempat duduk belakang dan mengalami kecederaan di tumit kaki.


Sumber mynewshub.cc

0 Response to "VIDEO: Sedih Pemandu ‘BLM Kemalangan Maut Meraung Telefon Bapa"

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.