Setelah mengalami kemalangan yang mengerikan pada tahun 2008 kerana terbakar akibat kejutan elektrik kabel voltan tinggi, Dallas Wiens, 25, Texas, sedang menunggu untuk dilakukan transplan (pembedahan pemindahan tisu) muka untuk menjadikan wajahnya seperti orang normal. Doktor yang membantu dalam pembedahan pertama berjaya mengalihkan sebahagian daripada kulit dan otot-otot belakang wajahnya, namun ia masih belum dapat melihat, bau dan makan.
Ini adalah gambar sebelum kecelakaan berlaku...
Dallas, berada selama enam bulan di hospital, telah membuat berpuluh-puluh pembedahan, dan menghabiskan 3 bulan dalam keadaan koma, sekarang menunggu untuk menjadi orang ketiga di Amerika untuk dibuat transplant. Wiens mengakui bahawa “I miss my view,” tetapi “apa yang saya lebih rindukan adalah perasaan wajah saya dan rasa bau saya.”
Sekali pun doktor berjaya menampal kulit dan otot yang diambil dari punggung dan pehanya di atas tengkoraknya yang hangus, dia menjadi seperti manusia tanpa wajah. Selain buta sama sekali, Dallas juga tidak memiliki hidung, bibir, alis, dan hanya meninggalkan janggut di dagunya.
Sambil menunggu pembedahan wajah lagi dia pernah mengucapkan “I see every day as a challenge, an opportunity for hope and joy. I’m happier now than I think I’ve ever been in my life”
Salah satu impian Dallas yang berusia 27 tahun ini dia dapat merasakan ciuman dari anak perempuannya.
Hebat lelaki ini yang terus bersemangat dan bersifat optimis walaupun sudah tiada wajah.
Kepada yang lain itu, hargai nyawa dan hidup anda tu...Kita xkan tau apa yang akan berlaku pada keesokkan hari.. Sumber oopsshmedia.blogspot.com
0 Response to "Sedih Impian Lelaki Tiada Muka"
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.