Ia gara-gara kenyataan seorang tetamu rancangan yang dihoskan oleh Bill Maher, Sam Harris yang tiba-tiba mengkritik Islam dengan merujuk kepada cara Islam melayan kaum wanita, golongan H0m0sek-sual dan mereka yang tiada agama yang beliau sifatkan telah sebagai tidak dapat diterima akal.
Affleck yang jelas kelihatan hilang sabar dan marah terhadap Harris yang juga seorang penulis pantas menangkis tanggapan itu.
"(Pandangan) anda menjijikan, ia (bersifat) perkauman,
“Ia seperti berkata, ‘Oh, anda seorang Yahudi penipu,’” kata pelakon itu lagi.
Reaksi Affleck itu dibalas dengan dengan beberapa lagi ungkapan menghina Islam oleh Harris dan ditambah lagi dengan kenyataan 'nasi tambah' pengacara rancangan Bill Maher yang cuba menyamakan Islam dengan kumpulan samseng Mafia sambil disulami dengan perkataan-perkataan mencarut.
Mungkin tidak tahan dengan sikap angkuh kedua-dua mereka, Affleck melontar persoalan “Apa penyelesaiannya? Hanya salahkan (agama) Islam?” soal Affleck.
“Kita membunuh lebih ramai orang Islam daripada mereka (umat Islam) membunuh kita, dengan jumlah yang cukup banyak. Kita telah menceroboh lebih banyak negara Islam daripada mereka menceroboh kita, cukup banyak. Tetapi kita masih dikecualikan daripada perkara ini kerana mereka tidak menggambarkan apa yang kita percaya. (Dengan nada sinis) Kita lakukan secara tidak sengaja, kerana itu kita menceroboh Iraq.”
Dua lagi anggota panel rancangan itu dari anggota Parti Republikan Michael Steele dan wartawan Nicholas Kristof pada sepanjang masa tidak campur tangan.
Namun Kristof ada ketikanya menyokong Affleck dengan mempersoalkan pandangan Harris yang beliau sifatkan sebagai tidak sepatutnya. Sila tonton Video di bawah ini untuk gambaran lebih jelas Ben Affleck pertahankan Islam.
0 Response to "Debate: Pelakon Hollywood Ben Affleck Berang Islam Dikatakan H0m0sek-sual"
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.