Lelaki Derita Kesakitan Selepas Implan Dada Pecah

JIKA anda fikir wanita sahaja yang menjalani pembedahan implan bagi membesarkan bu4h dada, anda silap!

Trend tersebut sebenarnya sudah menular di kalangan lelaki yang mahu kelihatan gagah terutama di bahagian atas tubuh tanpa perlu bersusah padan membentuk otot di gimnasium.

Bagaimanapun, tidak semuanya memberikan hasil yang memuaskan seperti yang terjadi kepada seorang warga Australia yang dikenali sebagai Brett.

Penata rambut yang berusia 44 tahun itu terpaksa menanggung kesakitan apabila implan pada dada kanan yang dimasukkannya empat tahun lalu pecah selepas mengalami jangkitan kuman.

Ia sekaligus menyebabkan Brett terpaksa membuang implan tersebut bagi mengelakkan ia menjadi lebih teruk.

Pembuangan implan itu menjadikan bentuk dadanya kelihatan ‘cacat’ kerana dia masih mengekalkan implan di bahagian dada kirinya.


“Ia seolah-olah dua badan berlainan yang dicantumkan bersama. Tiada perkataan lain yang dapat saya gunakan selain ‘menakutkan’. Saya rasa begitu bodoh sekali kerana sebelum ini tiada apa yang kurang pada tubuh saya,” ujarnya kesal.

Kini dia berhasrat untuk membuang sebelah lagi implan bagi mendapatkan semula dada yang normal seperti dahulu.


sumber oopsshmedia.blogspot.com

0 Response to "Lelaki Derita Kesakitan Selepas Implan Dada Pecah"

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.