Video: Solat Terakhir Sebelum Ajal

Apabila menonton video ini,admin rasa malu dan sedih pun ada pada diri sendiri kerana kita selalu melalaikan solat, melewatkan solat dan meninggalkan solat.

Sekurang-kurangnya mendapat keinsafan apabila menyaksi seorang syuhada yang kritikal masih lagi mahu bersolat walaupun keadaannya yang cedera parah serta hilang sebelah tangan sebelum ajal menjemputnya. Moga-moga dan sama-samalah kita perbetulkan solat kita yang sudah lama longgar.

 Keterangan video ini.

Walaupun dalam saat yang kritikal tetapi Solat sebagai Jambatan Ke Syurga tetap ditunaikan, tanpa tangan sebelah, paha berlumuran darah, berwuduk dengan bantuan sahabat seperti sahabat Rasulullah SAW, Tanah Kuburan telah digali, namun tetap gagah dan bertenaga melakukan solat, semoga menambahi rahmat dan Ihsan padanya, sesungguhnya telah berjayalah ibu bapa, guru dan ustaz, sahabat dan taulan yang mendidiknya. Semua mereka yang terlibat dalam membina jiwa sebegini pasti mendapat habuan Syurga daripada Allah SWT, bergembiralah mereka yang Ihklas dalam perjuangan dan kehidupan bersama Allah SWT... Lihatlah Ikhwah semua, mati yang diredhai Allah SWT
Wasallam.


Semoga roh syuhada' ini dirahmati Allah SWT. Amin.

Tonton VIDEO


Sumber fuh.my

0 Response to "Video: Solat Terakhir Sebelum Ajal "

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.