Shila Amzah Diselar Kerana Bidas Media Melayu

Shila kini membuat “Repost” untuk berterima kasih kepada mereka yang hadir ke konsert mega beliau yang berlangsung di Kuala Lumpur baru-baru ini. Bagaimanapun pada pertengahan kata-kata beliau seakan-akan menyokong kenyataan bahawa sebhagian besar media berbahasa Melayu tidak memberi sokongan kepadanya dalam menjayakan konsert tersebut.

Namun kata-kata tersebut bukanlah dari jarinya sendiri tetapi tindakannya “repost” kenyataan tersebut secara tidak langsung menunjukkan yang dia bersetuju dengan kata-kata oleh admin shilaamzah_photography ini.


“By @shilaamzah_photography “First and foremost, we would like to thank all Media who came to Shila’s first ever concert last weekend. Special thanks to the Chinese media in Malaysia and China who did a full coverage of the concert. Hmm.. We wer wondering what happened to the Malay media. We are not one-sided party but looking at the coverage done by the Chinese media, it shows how much they adore and treasure Shila as a Malaysian artist though she is not a Chinese herself. Do Malay medias more interested in gossips than….. Covering the achievement of their own born artist? What say you people? #shilalas #loveliveinmalaysia” via @PhotoRepost_app”.
Hai, takkanlah Shila dah lupa segala sokongan, publisiti dan promosi yang telah diberikan media berbahasa Melayu terhadapnya sebelum ini?

Mentang-mentang dah jadi satu nama besar di China serta mencipta fenomena yang tersendiri terus lupa daratan dengan asal-usulnya satu ketika dulu ketika mahu mencipta nama dalam industri seni tempatan.



Takklah dia sudah lupa akan jasa-kasa serta sokongan, promosi, dan publisiti yang telah diberikan oleh media berbahasa Melayu terhadapnya sebelum ini bukan?

Menurut sumber Gua, bukan media berbahasa Melayu tidak mahu membuat liputan, tetapi memang tidak ada langsung jemputan daripada pihak Shila mahupun pihak pengurusannya sendiri yang dilayangkan buat media-media tersebut.

Sudahnya tidak dijemput takkan la media terhegeh-hegeh untuk membuat liputan.

Bagaimanapun penulis amat mengharapkan yang Shila dapat muhasabah diri dan menarik kata-kata tersebut. Mungkin juga terdapat kesilapan pada pihak media yang mungkin terlepas pandang terhadap konsert tersebut. Wallahualam

Sumber www.siakapkeli.com

0 Response to "Shila Amzah Diselar Kerana Bidas Media Melayu"

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.