Petugas Media Cedera Ditumbuk Ahli Keluarga MH17

Majlis penyempurnaan jasad seorang mangsa pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH17 kecoh apabila seorang ahli keluarga menumbuk seorang jurugambar NST.

Kejadian dikatakan berlaku apabila ahli keluarga di Pusat Reringatan Nirvana di Sungai Besi, Kuala Lumpur berang dengan wartawan yang terus merakamkan upacara berkenaan.





Jurugambar daripada kumpulan The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP), Aizuddin Saad dipercayai ditumbuk dalam kejadian itu sehingga menyebabkan kecederaan manakala kameranya turut rosak.

Difahamkan, orang ramai termasuk petugas pusat peringatan berkenaan berjaya meredakan keadaan.




Aizuddin kemudian dihantar ke sebuah klinik berdekatan oleh kakitangan pusat peringatan itu untuk mendapatkan rawatan.

Seorang lelaki dipercayai kenalan ahli keluarga mendiang Subashni Jretnam dikatakan bertindak demikian bagi menghalang Aizuddin Saad mengambil gambar mereka.

Kejadian dikatakan berlaku sejurus selepas jasad Paul Goes, Subashni J.Retnam dan Kaelamayajay Goes (21 bulan) tiba di Pusat itu.

Menurut saksi kejadian, tidak sepatutnya kenalan mediang Paul Goes bertindak menumbuk jurugambar itu, ia adalah perbuatan yang tidak wajar.

Tidak mahu menuding jari kepada sesiapa, namun dalam situasi ketika itu kita seharusnya memahami apa yang keluarga mangsa rasakan. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.

Sumber www.astroawani.com

6 Responses to "Petugas Media Cedera Ditumbuk Ahli Keluarga MH17 "

  1. Saman la ap lagi....suka2 je tumbuk orang...cara lain kan ada kalau xnak wartawan tu ambik gambar...kenapa perlu mendatangkan kecederaan kpd...orang...harap2 wartawan tu saman...dia...sebagai pengajaran...supaya lepasni...xperlu bertindak terburu buru...

    ReplyDelete
  2. Jom join francaisi ayam goreng kami dgn pakej paling murah....
    Keuntungan 100% milik anda

    ReplyDelete
  3. Keluarga simati terdiri dr golongan samseng agaknya itu sebab xbagi ambil.gambar. siap tumbok lagi. Semuga perbuatan tersebut dikenakan tindakkan setimpal agar tidak nanti akan ada orang menumbok org lain sesuka hati ajer.

    ReplyDelete
  4. Agak2 la...nak tumbuk..klu xmahu coverage, beritahu awal2...wartawan tu pun x hadap lah!

    ReplyDelete

Note: only a member of this blog may post a comment.