Bukan apa, sekarang nie macam-macam boleh berlaku, takut pulak kita nak beli daging lembu kat pasaraya dapat pulak daging binatang babi nie. Jom lihat info mengenai daging khinzir ini secara detail di bawah.
Menurut Dr. Ir. Joko Hermanto, Dekan Jabatan Ilmu dan Teknologi Pangan IPB di Indonesia mengatakan bahawa melalui mata kasar, terdapat lima aspek yang dapat dibezakan antara daging babi dengan daging lembu iaitu warna, serat daging, jenis lemak, aroma dan tekstur. Berdasarkan perkara ini, fokus pengamatan mereka diarahkan pada lima aspek tersebut.
1. Beza Warna Daging Babi dan Daging Lembu
2. Beza dari segi serat daging
3. Dari lemak yang kelihatan
Perbezaan terdapat pada peringkat keanjalannya. Daging b.a.b.i mempunyai tekstur lemak yang lebih elastik sementara lemak lembu lebih kaku dan berbentuk. Selain itu lemak daging b.a.b.i sangat basah dan sukar dilepaskan dari dagingnya sementara lemak daging agak kering dan kelihatan berserat Namun kita harus berhati-hati pula bahawa pada bahagian tertentu seperti buah pinggang, lemak b.a.b.i kelihatan hampir serupa dengan lemak lembu.
4. Dari segi tekstur
Daging lembu mempunyai tekstur yang lebih kaku dan padat berbanding dengan daging b.a.b.i yang lembik dan mudah diregangkan (lihat gambar). Melalui perbezaan ini sebenarnya ketika kita memegangnya pun sudah terasa perbezaan yang nyata antara keduanya kerana dapat dirasakan daging b.a.b.i lebih kenyal dan mudah direnggangkan. Sementara daging lembu terasa solid dan keras sehingga cukup sukar untuk diregangkan.
5. Dari segi aroma
Terdapat sedikit perbezaan antara keduanya. Daging b.a.b.i mempunyai aroma khas tersendiri, sementara aroma daging lembu adalah hanyir seperti yang telah kita ketahui. Dari segi bau inilah sebenarnya perkara paling penting untuk membezakan antara kedua-dua daging ini. Kerana walaupun warna telah ditukar dan dicampur antara keduanya, namun aroma kedua-dua daging ini masih boleh dibezakan. Sayangnya kemampuan untuk membezakan melalui aromanya ini memerlukan latihan yang berulang-ulang kerana memang perbezaannya tidak terlalu ketara.
6. Ciri-ciri secara Umum
Secara amnya, bentuk daging babi yang diternak dan babi hutan sangat mirip satu sama lain, sementara daging babi mempunyai perbezaan yang cukup banyak dengan daging lembu. Namun ketika kedua-dua jenis daging tersebut telah dicampurkan, apatah lagi setelah disebatikan dengan darah lembu, kedua-duanya (daging babi dan lembu) menjadi sangat sukar untuk dibezakan.DIHARAP INFO NI BERGUNA KEPADA ORANG ISLAM
Sumber oopsshmedia.blogspot.com
0 Response to "Perbezaan Daging Babi Dan Daging Lembu"
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.