Pada 8 Mac, pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing hilang tanpa dikesan sehingga ke hari ini biarpun lokasi terakhirnya diketahui di selatan Lautan Hindi.
Kemudiannya, pada 17 Julai lepas, pesawat MAS juga penerbangan MH17 dari Amsterdam ke Kuala Lumpur mengejutkan warga dunia selepas ia terhempas di timur Ukraine akibat ditembak oleh peluru berpandu oleh puak pemisah Ukraine yang pro-Russia.
MH17 terhempas di wilayah Grobovo berhampiran sempada Russia mengorbankan kesemua 298 orang penumpang termasuk anak kapal.
Kemudian, pesawat Taiwan milik syarikat penerbangan TransAsia Airways pula terhempas di sebuah Pulau Penghu, barat Taiwan membunuh 48 orang termasuk dua orang warga Perancis.
Adakah anda tahu bagaimana sesebuah pesawat itu dibina?
Dalam video ini, ia menunjukkan bagaimana proses-proses membuat sebuah pesawat keluaran Boeing model 777-200
Di laman Facebook ada dikongsikan video bagaimana sebuah pesawat dibina dalam kelajuan video yang laju dan ia akan difahami hanya dalam masa 3 minit.
Bermula dari hanya sebuah rangka sehinggalah kepada kerja-kerja memasang kerusi duduk para penumpang sehinggalah sebuah pesawat siap untuk diterbangkan.
Proses mengecat badan pesawat juga ditunjukkan di dalam video ini.
Boleh kita saksikan bagaimana sukar dan rumitnya proses untuk membina sesebuah pesawat.
Dalam video ini, ia menunjukkan bagaimana proses-proses membuat sebuah pesawat keluaran Boeing model 777-200
Sumber mynewshub.my
0 Response to "VIDEO : Cara Sebuah Pesawat Dibina Dalam Masa 3 Minit"
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.