Menurut Kazim, sebenarnya mengikut sejarah, Nabi pernah menyediakan roti yang dicicah dengan kuah kambing dan bagi mengikut sunah Rasulullah, masyarakat zaman ini boleh menyediakan roti jala dicelup dengan kuah kari kepada tetamu yang hadir.
“Saya tahu ramai yang mempertikaikan tentang perkara itu. Takkanlah saya bodoh nak cakap Rasulullah beri makan roti jala kepada tetamunya. Zaman itu ada ke roti jala ke?
“Ia sebenarnya hanyalah satu contoh di mana jika Rasulullah menyediakan roti dengan kuah kambing, apa salahnya kita sediakan roti jala dengan kuah kari. Tetapi ramai yang salah faham,” katanya yang dihubungi mStar Online.
Pada tahun lalu, sebuah buku berjudul Tuhan Sedang Menguji Kita yang memetik ceramah-ceramah Kazim telah diterbitkan di bawah penerbitan Karangkraf.
Artikel yang ditulis di sebuah buku ‘Tuhan Sedang Menguji Kita’.
Rakaman video ceramah mengenai topik itu juga turut dirakamkan dan disiarkan menerusi YouTube sehingga menimbulkan komen-klomen negatif masyarakat.
Ramai yang memberi reaksi bahawa Kazim telah menyampaikan informasi salah dan ia boleh menjejaskan akidah masyarakat yang mengikuti ceramah-ceramahnya.
Dalam pada itu, Kazim berkata, sebelum buku tersebut diterbitkan, dia telah membuat beberapa pembetulan termasuklah bahagian isu roti jala yang ditulis, namun dia tak pasti sama ada ia telah diperbetulkan atau tidak.
Sementara itu, Kazim berkata, dia tidak mempunyai masalah dengan isu yang ditimbulkan kerana dia tahu ada pihak yang tidak bertanggungjawab sengaja mencetuskan kontroversi tersebut dengan memanipulasikan kenyataannya itu.
“Sebenarnya perkara itu sudah lama malah buku itu laris dijual. Tetapi kenapa ia perlu dibangkitkan sekarang?
“Saya tahu ada pihak yang tidak puas hati dengan saya yang tidak menyokong sesebuah parti politik itu sehinga ia sengaja mencetuskan isu.
“Dan pendirian saya pula, sebagai pendakwah tidak akan memihak kepada mana-mana parti politik kerana saya hanya mahu berdakwah. Itu sahaja,” tegasnya.
Sumber mynewshub.my
Dalam buku tu dah sebijik mcm dalam youtube..dlm YTube kena edit jugak ke sblm cetak..hehe
ReplyDeletehttp://www.youtube.com/watch?v=XoPNvp-wGxw
Dah salah.. ngaku je lah.... apa salahnya minta maaf.. sempena bulan ramadhan almubarak...
ReplyDelete