Lelaki berusia 34 tahun itu dipercayai menemui ajal ketika cuba memecah masuk ke rumah jirannya sendiri yang merupakan seorang guru di Kg Sura Hujung, Dungun, Terengganu.
Disebabkan keluar mengajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Batu 7 sejak pagi, guru tersebut hanya menyedari mayat itu sewaktu balik dari bertugas pada sebelah petang ketika hendak ke tandas.
Dek terlalu terkejut dan rasa tak percaya lihat kepala di celah lantai dalam keadaan mengerikan, guru tersebut memanggil jirannya untuk memeriksa.
Mereka kemudiannya turut mendapati bahagian badan mayat tergantung di antara lantai rumah.
Dikatakan, arwah dipercayai cuba memecah masuk ketika kejadian namun disebabkan dia sudah meninggal dunia dan tidak dapat membela diri hanya Allah SWT mengetahui apa yang telah berlaku.
Nota: Pemeriksaan kami mendapati ini bukanlah kejadian terbaru sebagai mana didakwa di beberapa laman blog sebaliknya sudah berlaku beberapa tahun lalu. Tak dapat dipastikan apa penyebab gambar ini kembali disebarkan namun sama-samalah kita jadikan pengajaran bahawa ajal maut tidak mengira waktu
Sumber mynewshub.my
0 Response to "Pecah Masuk: Lelaki Maut Kepala Tersepit Celah Lantai Tersebar"
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.