Wanita Direjam Sampai Mati Kerana Berzlna

BEIRUT – Seorang wanita dihukum rejam sampai mati oleh kumpulan militan Negara Islam (IS) di sebuah taman perbandaran di Raqqa, Syria pada 18 Julai lalu.

Sebelum itu, wanita berkenaan, Faddah Ahmad dibawa ke taman berkenaan oleh para pejuang militan IS dalam keadaan kepala ditutup dengan kain hitam dan kemudian diletakkan di dalam satu lubang kecil.

Selepas dibacakan kesalahannya yang didakwa telah melakukan zlna, dia kemudian direjam dengan batu sehingga mati.

Menurut seorang saksi, tiada seorang pun daripada orang ramai yang berani tampil ke hadapan untuk membaling batu ke arahnya.

“Pejuang-pejuang militan yang kebanyakannya warga asing telah melakukannya sendiri apabila melontar Faddah dengan batu sehingga mayatnya diheret keluar.

“Semasa dia dibaling batu, dia langsung tidak menjerit atau bergerak,” kata seorang aktivis pembangkang yang mengaku menyaksikan rejaman yang dilakukan berdekatan stadium bola sepak dan taman Bajaa di bandar Raqqa yang dikuasai oleh kumpulan IS.

Hukuman itu adalah yang kedua dalam tempoh 24 jam. Sehari sebelum itu, seorang wanita, Shamseh Abdullah, 26, mati direjam selepas hukuman yang sama dilakukan. 

Sumber mynewshub.my

11 Responses to "Wanita Direjam Sampai Mati Kerana Berzlna"

  1. prempuan yg kena hukum..lelakinya mana???

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin yang lelaki belum berkahwin... mungkin...

      Delete
  2. knpa pertikai hukum Allah? Ruzfaezan? sya nmpak awk bertudung...penah baca x psal Nabi Muhammad S.A.W penah nmpak banyak pompuan yg kt pintu neraka?...

    ReplyDelete
  3. yang ruzfaezan tu bukan mempertikai, tapi bukankah hukuman itu perlu adil dan saksama, tak patut perempuan tu berzina sendirian,..kalau yang perempuan direjam yang lelaki pula bagtaimana? adahkah maksud kamu Tuhan hanya menghukum kaum wanita saja??

    ReplyDelete
  4. Bukan ke hukuman utk penzina yg belom berkahwin adalah sebat? Rejam ni utk lelaki yg dah kahwin

    ReplyDelete
  5. hahahah..why u so damn funny? u dont know what to write,why u type ts?i OBVIOUSLY do not see any soo called pertikaian hukmn Allah in her comment.she just mentioned where e guy who did e same thing during e execution? why u talk so crappy n out of topic,accuse her summore.its nothing to do w her wearing tudong or not.haha..funny2.dt nw what other's saying,simply do not commenting la..just showing ure plain stupid.

    ReplyDelete
  6. hukuman nya patut adil..yg laki nya mana??tak kan lepas mcm tu aje..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Siapa yg pertikai hukum allah ??? kalau x faham diam jelah x yah tunjuk pandai

      Delete
    2. Assllm sdrku...sdr2 kita bukan pertikaikan Hukum Allah cuma pelik sbb post ini mendedahkan hukuman hanya pada wanita yg berzina tapi di mana pasangannya yg berzina itu. Adakah ini si Lelaki tidak di hukum atau ini memang berniat untuk MEMFITNAH HUKUM ISLAM yg menunjukkan hanya WANITA yg di HUKUM?? kadang2 benda yg baik kita postkan boleh menjadi FITNAH yg besar...jadi berhati-hatilah.

      Delete
  7. Kita hanya membaca dan tahu apa yg tukang post artikel ni nak kita baca :)

    ReplyDelete
  8. Dalam satu surah dinyatakan begini....
    "Siapakah yg menguruskan segala urusan, Maka mereka berkata Allah....
    Katakanlah kenapa kamu tidak BERTAQWA"........

    ReplyDelete

Note: only a member of this blog may post a comment.