Adam Mengaku Tinggal Serumah Dengan Fiza Dalam Tempoh Edah

Menerusi penulis blog mynewshub.my tak pasti apa hukum hakam suami isteri yang dalam tempoh edah, adakah mereka dibenarkan tinggal serumah atau pun tidak.

Walaupun begitu, hasil carian daripada Internet, memang tidak ada salahnya suami isteri tinggal serumah ketika dalam tempoh edah, dalam usaha untuk memperbaiki hubungan mereka.

Menerusi kenyataan Adam, dia mengaku pernah tinggal serumah dengan isterinya, Fiza Elite ketika mereka masih lagi dalam tempoh edah, beberapa bulan lalu.

Memetik kenyataannya dalam portal Gua, Adam berkata, “kami tinggal bersama sewaktu tempoh edah. Apabila saya bekerja di luar, saya akan duduk di rumah saya di Damansara dan apabila saya ada masa terluang, saya akan duduk di rumah Fiza di Taman Melawati. Bukan hari-hari tapi ada masanya. Saya ada menonton ceramath Ustaz Azhar Idrus di Youtube dan dia memberitahu mengenai hukum-hakam bagi mereka yang sudah bercerai”.

“Kami hanya bercerai talak satu. Saya masih perlu jaga makan dan pakainya. Wajib sebenarnya bagi pasangan yang bercerai untuk tinggal bersama sepanjang tempoh edah, namun cuma tak boleh bersama dan harus tinggal di bilik yang berasingan,” katanya.

Untuk makluman, pasangan ini sudah pun merujuk semula pada 17 Julai lalu dan membuat pendaftaran rujuk semula perkahwinan mereka di pejabat Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) di Shah Alam.

Adam dan Fiza diijabkabulkan pada 26 September tahun lalu di MAIS, yang dihadiri ahli keluarga, rakan terdekat, pihak media dan dua anak perempuan Fiza hasil perkahwinan terdahulu.


Sumber mynewshub.my

0 Response to "Adam Mengaku Tinggal Serumah Dengan Fiza Dalam Tempoh Edah"

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.