Awek Mamat Sepah Paling Garang

Menerusi hotlips-yuya.blogspot.com, Mamat Sepah mengaku awek atau kekasih hatinya ini merupakan kekasih paling garang dia pernah kenal.

Dan kerana itu juga, hubungan mereka makin kukuh dan Mamat Sepah juga sudah bersih dari kontroversi negatif.

Ini kata Mamat Sepah kepada Malaysiandigest:

"Tidak seperti wanita- wanita yang pernah saya kenal sebelum ini, dia boleh saya katakan kekasih saya paling garang. Selama ini tiada perempuan yang berani marah saya, tapi dia berani. Itu yang saya rasa dia ni lain daripada yang lain.

"Misalnya dia akan sentiasa ingatkan saya dalam banyak hal. Dia akan ingatkan agar jangan buat perkara yang bukan-bukan. Dia selalu ingatkan saya tentang akibat yang saya terima daripada kontroversi-kontrovesi lalu. Sekaligus dia juga banyak mengubah kehidupan saya kepada kehidupan yang lebih baik dan jauh daripada kontroversi dalam beberapa tahun ini",

"Walaupun dia muda tapi dia matang. Dan paling penting dia menerima saya seadanya. Begitu juga dengan keluarganya",

"Masa mula-mula perkenalan kami disaat nama saya jatuh, disaat satu Malaysia mencaci saya. Tapi dia tak tahu pun yang saya ni artis. Dia hanya kenal saya sebagai Mamat.

"Tapi beberapa orang sekeliling yang rapat dengannya 'memperkenalkan' saya kepada dia dengan cerita-cerita negatif dan kontroversi-kontroversi yang pernah mengaitkan saya. Masa itu memang satu dugaan lah untuk kami.

"Tapi walau apa pun cerita buruk saya yang dia dengar, dia tetap menerima saya seadanya. Tapi kadang-kadang tu kami ada juga bergaduh sebab dia tak biasa dengan dunia glamor. Jadi kalau pihak media nak ambil gambar kami berdua, dia sebolehnya menolak. Tapi sekarang ni dia dah semakin okay dah sudah boleh memahami kerjaya saya sebagai artis", dedah Mamat lagi.

"Hubungan kami dah masuk tiga tahun. Perancangan untuk ke peringkat seterusnya itu memang ada. Tapi saya nak dia habiskan belajar dulu. Dia akan tamatkan pengajiannya hujung tahun ini. Saya tak mahu nanti dia terganggu.

"InsyaAllah, kalau tiada aral saya nak masuk meminang pada tahun depan. Saya tak pasti lagi sama ada kami akan bertunang atau akan ada majlis lebih daripada itu (kahwin). Tapi yang pasti, saya akan adakan satu majlis", 

Mamat Sepah dan kekasih yang bernama Kaka ini bertemu di Johor Premium Outlet. Sejak perkenalan itu mereka mula berkawan rapat dan kini sebagai pasangan kekasih.

Kaka atau nama penuhnya Nur Syafiqah merupakan penuntut jurusan Ijazah Sarjana Perdangangan Antarabangsa di MSU, Shah Alam.

Kalau ikutkan muka kekasih Mamat Sepah ini ada iras-iras Linda Hashim. Semoga hubungan mereka berdua sentiasa utuh dan hingga ke jinjang pelamin.







Sumber hotlips-yuya.blogspot.com

1 Response to "Awek Mamat Sepah Paling Garang"

  1. KUALA TERENGGANU - Seorang remaja perempuan hidup dalam ketakutan selepas tindakannya menghantar gambar bogel kepada teman lelaki baru dikenali mengundang padah apabila dirinya diaibkan susulan penyebaran gambar tersebut.
    Berita penuh --> www.sinarharian.com.my/bimbang-gambar-bogel-tersebar.html

    ReplyDelete

Note: only a member of this blog may post a comment.