Wardina Salahkan Sistem Kerajaan Malaysia - Kes Remaja OKU Terabai

Ekoran tersebarnya kes remaja yang ditemui dalam keadaan yang memilukan dan menyayat hati, pelakon dan pengacara popular Wardina telah memberikan pandangan dari pihaknya.

Ini luahan Wardina yang admin baca di portal rotikaya :
“Ini berlaku salah satunya berpunca dari ibu bapa remaja OKU itu tidak diberikan bantuan. Saya bandingkan bagaimana kita masyarakat orang Islam melayan anak anak istimewa ini dengan negara yang kononnya kafir,” 

“Di Australia, ibu bapa kepada anak OKU akan diberi pelbagai keistimewaan seperti elaun bulanan yang tinggi. Malah kawan saya mempunyai anak OKU kedua dua suami dan isteri tidak perlu bekerja kerana disuruh kerajaan untuk fokus menjaga anaknya yang OKU”

“Anak anak OKU dihantar ke terapi secara percuma. Dihantar ke sekolah OKU berkualiti dengan percuma dan ibu bapa diberi cuti percuma setiap tahun kerana kerajaan faham betapa tertekannya untuk menjaga kanak kanak istimewa ini”

“Ya, itu negara kafir. Anak anak istimewa & OKU kita pula? Di mana nilai kita? Terpaksa ibu bapa memikul beban tanpa pertolongan dan sistem sokongan yang padu dari mereka yang sepatutnya. Saya cuma berkongsi realiti, terimalah,” 


Wardina sememang seorang yang berpendirian tegad dan lantang menyuarakan pandangannya.

Sumber hotlips-yuya.blogspot.com

0 Response to "Wardina Salahkan Sistem Kerajaan Malaysia - Kes Remaja OKU Terabai"

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.