Kotor!! GIGI Dimasak Bersama Mi Goreng Mamak

Kisah pesan makanan kat kedai mamak kemudian yang sampai ayam goreng berulat atau murtabak inti lipas sememangnya kisah yang biasa kita dengar sebelum ini.

Tapi rasanya, isu kebersihan kedai mamak perlu diberi perhatian jika dari masa ke semasa semakin banyak pula aduan tentang penemuan ‘bendasing’ dalam makanannya terus diadukan orang ramai.

Dalam status Facebook yang kini giat dikongsi di laman sosial, seorang pelanggan mendakwa sepupunya pula menemui gigi manusia dalam mi segera goreng yang dihidangkan ketika makan di sebuah kedai mamak di Negeri Sembilan.



Melampau tak? Kalau dah sampai gigi pun boleh tercabut masuk dalam masakan kita sendiri boleh bayangkan bagaimana tahap amalan kebersihan yang diamalkan kedai ini kan.




Diharapkan pihak berkuasa yang berkenaan tolonglah pantau tahap kebersihan di kedai mamak selepas ini. Kadang-kadang di sesetengah kedai mamak kita sendiri boleh perasan pekerjanya pakai baju yang dah berkepam manakala tukang masaknya pula tak pakai apron mahu pun penutup kepala ketika memasak.

Bagaimanapun tak dapat dinafikan, banyak juga kedai mamak sekarang yang tampil semakin eksklusif, bersih dan terjaga hingga menyamai standard bistro atau kopitiam

Sumber mynewshub.my

0 Response to "Kotor!! GIGI Dimasak Bersama Mi Goreng Mamak"

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.