Didakwa turut ditangkap bersama Ali adalah seorang lagi rakyat Malaysia yang aktif menghina Islam menggunakan medium internet, Adlin Abd Jalil atau lebih dikenali sebagai Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara.
Bagaimanapun, pemeriksaan kami mendapati ia cuma satu permainan lawak yang dimulakan oleh rakan Ali dan Adlin, pemilik akaun Facebook Juli Jalaludin, warga Malaysia yang juga angkuh mengaku murtad kerana tidak ada undang-undang boleh disabitkan kepadanya yang kini tinggal di Sweden.
Juli memuatnaik gambar Ali dan Adlin tersengih depan kenderaan Polis Sweden dan memuat naik status beserta ungkapan Allahuakbar semata-mata mahu menyelitkan unsur menghina Islam di situ.
Hal ini kerana seperti Adlin, Juli adalah si murtad yang terang-terangan sentiasa cari jalan untuk mengejek penganut Islam.
Jika dilihat pada posting di Facebook ketiga-tiga pengkhianat bangsa dan agama ini, dapat dilihat mereka begitu rapat di sana malah Ali mungkin diberikan ‘khidmat nasihat’ oleh Adlin dan Juli untuk lari ke Sweden sebelum ini.
Pada masa sama, blogger seks Alvin Tan yang terus-terusan memperkotak-katikkan undang-undang kita di negara Uncle Sam juga terus bebas.
Rata-rata rakyat Malaysia sudah muak melihat provokasi melampau yang menjatuhkan nama Malaysia ini, justeru ramai ternanti-nanti bilakah petualang ini akan dapat diheret pulang dan diadili di negara ini.
Sumber http://mynewshub.cc/
0 Response to "Ali Abd Jalil Bersekongkol Dengan Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara Melayu Murtad Di Sweden"
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.